Assalamualikum dan salam sejahtera.
Hello, kali ni saya akan cerita tentang hari pertama kat sekolah untuk tahun ni. Minggu ni saya bertugas sebagai guru bertugas. Maknanya kena la datang awal ke sekolah minggu ni. Tapi semua tu x jadi hal, sebab dah ada motosikal sendiri (ala motor second hand je).
Jadi guru bertugas ni bukannya mudah . Selain kena datang awal, balik pun kena la lambat sikit. Dah la tu, kena pastikan keadaan kelas dan murid-murid lagi. Mmm, memang mencabar. Dalam kepenatan dengan tugas pengajaran, kena pula jaga sekolah. Tambah lak dengar cerita ada pelawat dari JPN Sabah nak datang melawat. Makin bertambah rumit la keje.
Apa pun, budak-budak agak ceria pada hari ini. Semuanya dah tak sabar nak mula belajar. Dalam kelas tadi, dah set pemikiran budak yang mereka dah dapat A untuk subjek yang bakal diajarkan. Terpulangla pada mereka untuk kekalkannya.
Oh ya, selain itu, tahun ni saya jadi guru kelas untuk Tahun 4 dan 5. Mmm, banyak la keje keceriaan dan pengurusan kelas yang nak dijalankan. Harap-harap tak la terlalu over saya buat keje tahun ni.
Sampai sini dulu blog saya untuk kali ini. Hingga bersambung di lain masa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Monday, January 5, 2009
Friday, January 2, 2009
Tahun Baru.
2009 telah pun bermula, dan begitu juga la kehidupanku sebagai guru baru (walaupun dah 6 bulan dilantik) di SK Lambidan Sabah. wlaupun berjauhan dengan keluarga, tapi aku tetap bahagia di sini.
Untuk blog pertama tahun ini (memang pun, x pernah buat blog pun), saya ingin ceritakan tentang sekolah saya. Dengan tenaga pengajar seramai 10 org dan dibantu oleh seorang kakitangan pejabat dan 4 orang pengawal keselamatan, itulah tenaga kerja yang ada di sekolah. Tahun lepas jumlah murid 29 orang (satu sekolah), tahun ni mungkin sedikit bertambah (dan ada juga murid yang berpindah keluar). Harap-harap, tahun ni semuanya akan berjalan dengan lancar.
kawasan sekolah agak menarik, ada 5 bangunan sahaja. Perpustakaan, bilik komputer, bilik SPBT (skim pinjaman buku teks) makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan stor berada dalam satu blok banguan kayu panjang (bilik kelas terdahulu). Selain itu bangunan kantin, banguan kelas konkrit yang menempatkan 4 kelas, bilik guru (yang asalnya rumah guru) dan sebuah unit rumah berkembar konkrit menjadi landskap utama. Ada padang dan kawasan gelanggang juga. Pendek kata, memang lengkap la infrastruktur di sekolah ni.
Diharapkan sedikit gambaran sekolah yang saya gambarkan di atas dapat memberikan anda pandangan terhadap keadaan sekolah saya. Walaupun kecil, tetapi saya seronok berada di situ. nak tahu kenape? Nantikan blog seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)