Friday, January 2, 2009

Tahun Baru.

2009 telah pun bermula, dan begitu juga la kehidupanku sebagai guru baru (walaupun dah 6 bulan dilantik) di SK Lambidan Sabah. wlaupun berjauhan dengan keluarga, tapi aku tetap bahagia di sini.

Untuk blog pertama tahun ini (memang pun, x pernah buat blog pun), saya ingin ceritakan tentang sekolah saya. Dengan tenaga pengajar seramai 10 org dan dibantu oleh seorang kakitangan pejabat dan 4 orang pengawal keselamatan, itulah tenaga kerja yang ada di sekolah. Tahun lepas jumlah murid 29 orang (satu sekolah), tahun ni mungkin sedikit bertambah (dan ada juga murid yang berpindah keluar). Harap-harap, tahun ni semuanya akan berjalan dengan lancar.

kawasan sekolah agak menarik, ada 5 bangunan sahaja. Perpustakaan, bilik komputer, bilik SPBT (skim pinjaman buku teks) makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan stor berada dalam satu blok banguan kayu panjang (bilik kelas terdahulu). Selain itu bangunan kantin, banguan kelas konkrit yang menempatkan 4 kelas, bilik guru (yang asalnya rumah guru) dan sebuah unit rumah berkembar konkrit menjadi landskap utama. Ada padang dan kawasan gelanggang juga. Pendek kata, memang lengkap la infrastruktur di sekolah ni.

Diharapkan sedikit gambaran sekolah yang saya gambarkan di atas dapat memberikan anda pandangan terhadap keadaan sekolah saya. Walaupun kecil, tetapi saya seronok berada di situ. nak tahu kenape? Nantikan blog seterusnya.

1 comment:

  1. salam sejahtera..saya begitu teruja dengan blog yang ckigu buat. untuk pengetahuan cikgu,saya adalah bekas pelajar di sekolah tersebut. saya ada seorang lagi adik perempuan yang mengajar di sekolah tersebut(fizan binti saman). sekarang saya berada di Kuching,melanjutkan pelajaran(diploma). Tidak di nafikan,walaupun sekolah itu tidak mempunyai ramai murid,namun sekolah tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri tambahan lagi dengan adanya penduduk kampung yang sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutama sekali menjelang hari sukan, ibu bapa murid akan bersama-sama bergotong royong membersihkan sekolah(mesin rumput),begitu juga dengan para ibu-ibu yang sibuk menyediakan juadah samada untuk di jual pada hari sukan ataupun untuk hidangan. Saya juga amat tertarik dengan keindahan landskap sekolah tersebut yang begitu cantik dengan tanaman pelbagai jenis bunga yang ditanam oleh pekerja di sekolah tersebut. Akhir kata,semoga dengan khidmat tenaga pengajar di sekolah tersebut akan dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar cemerlang. wassalam..

    ReplyDelete